Monday, 1 August 2011

Peranan Dan Sumbagan Masjid An-Nur Saujana Utama Kepada Masyarakat Sungai Buloh, Selangor

TAJUK
Disediakan untuk Ustaz Abdul Aziz bin Harjin Pensyarah CTU101
Disediakan Oleh : Sofea Nafissa bt Ahmad Zakine
No matrix: 2011443792
Kumpulan : ACDIFz
Program : Diploma Sistem Maklumat Perakaunan
Tarikh Hantar :02/08/11
ISI KANDUNGAN
TAJUK : Peranan Dan Sumbagan Masjid An-Nur Saujana Utama Kepada Masyarakat Sungai Buloh, Selangor
Isi Kandungan :
Abstrak
Pendahuluan
Konsep Masjid
AJK Masjid
PROGRAM
IMARAH
SUMBANGAN
MASALAH DAN PENYELESAIAN
CADANG
KOMEN
PENUTUP
RUJUKAN
Tajuk
 Peranan Dan Sumbagan Masjid An-Nur Saujana Utama Kepada Masyarakat Sungai Buloh, Selangor
1)     Isi Kandungan
2)     Abstrak
3)     Pendahuluan
4)     Pengertian Masjid
5)     Ahli Jawatankuasa
6)     Program yang diadakan
7)     Sumbangan untuk masyarakat
8)     Masalah dan penyelesaian
9)     Cadangan
10) Penutup
11)  Bibliografi
ABSTRAK

Rumusan:
PENGERTIAN
KONSEP
KANDUNGAN
KESIMPULAN
Tajuk
Peranan Dan Sumbagan Masjid An-Nur Saujana Utama Kepada Masyarakat Sungai Buloh, Selangor

ABSTRAK

Dalam pengertian sehari-hari, masjid merupakan bangunan tempat ibadat kaum Muslim. Tetapi,  kerana  akar  katanya  mengandung makna tunduk dan patuh, hakikatnya masjid adalah tempat melakukansegala  aktiviti  yang  mengandung  kepatuhan  kepada  Allah semata-mata.Selain itu, masjid juga dijadikan tempat untuk menyuburkan semula kesedaran, mengukuhkan pengetahuan agama, memperkasakan iman, membasmi kejahilan serta memerangi kesesatan. Oleh itu, marilah kita berhijrah dengan menyuburkan kesedaran dan membuangkan segala kelemahan. Tempatnya tidak lain, bukan jauh pun, iaitu di rumah ALLAH SWT(masjid). Firman ALLAH dalam surah al-ANFAL ayat 74 yang bermaksud: “Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan ALLAH dan memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang orang yang benar benar beriman. Mereka memperoleh keampunan dan kurniaan yang mulia”. Sesungguhnya sembahyang berjemaah di masjid mendapat 27 kali ganda pahala.   

Pendahuluan
Assalamualaikum, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa syukur kepada ALLAH SWT kerana telah memberikan izinNYA untuk saya menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya ingin berterima kasih kepada kepada pensyarah CTU101 iaitu Ustaz Abd Aziz bin Harjin kerana telah memberikan tunjuk ajar kepada saya semasa proses penyiapan tugasan ini. Tujuan esei ini ditulis bagi membuktikan sesungguhnya banyak faedah dan kepentingan masjid. Masjid adalah rumah ibadat yang mulia dan sebagai rumah ALLAH. Bidang yang akan ditulis oleh saya ialah  Peranan Dan Sumbagan Masjid An-Nur Saujana Utama Kepada Masyarakat Sungai Buloh, Selangor.Hrapan saya ialah dengan selalu beribadat di rumah ALLAH, kita dapat membawa kebaikan dan menambahkan keimanan kepadaNYA.Kesimpulannya institusi agama seperti masjid kerana ia sebagai lambing keharmonian masyarakat islam.

Masjid berasal daripada perkataan Arab “sa-ja-da” yang bermaksud sujud iaitu perbuatan di mana umat Islam meletakkan dahi yang mulia ke posisi yang paling rendah, separas dengan tapak kaki tempat berdiri. Maksud sujud disini ialah menyembah ALLAH s.w.t. masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dab iktikaf, bagi orang islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat islam. Dati sudut bahasa, masjid bermaksud tempat bersujud. Sejal zaman permulaan Islam kemajuan uamt dan gerakan  Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang stategi  malah perdagangan, perundangan, dan peyebaran ilmu serta pelbagai lagi.

Al-Quran  menyebutkan  fungsi  masjid  antara  lain  di  dalam
firman-Nya:

     Bertasbihlah kepada Allah di masjid-masjid yang telah
     diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di
     dalamnya pada waktu pagi dan petang, orang-orang yang
     tidak dilalaikan oleh perniagaan, dan tidak (pula)
     oleh jual-beli, atau aktivitas apa pun dan mengingat
     Allah, dan (dari) mendirikan shalat, membayarkan
     zakat, mereka takut kepada suatu hari yang (di hari
     itu) hati dan penglihatan menjadi guncang (QS An-Nur
     [24]: 36-37).

Di antara dalilnya adalah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari: 323 dan selainnya dari Jabir bin Abdillah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أُعْطِيْتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ قَبْلِي نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيْرَةَ شَهْرٍ وَ جُعِلَتْ لِي اْلأَرْضُ مَسْجِدًا وَ طَهُوْرًا فَأَيُّمَا رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي أَدْرَكَتْهُ الصَّلاَةُ فَلْيُصَلّ
“Aku diberi lima hal yang tidak diberikan kepada seorang pun sebelumku: aku dimenangkan dengan perasaan takut yang menimpa musuhku dengan jarak sebulan perjalanan, bumi dijadikan bagiku sebagai mesjid dan suci, siapa pun dari umatku yang menjumpai waktu solat maka solatlah….”
Tempat
Masjid an-nur saujana utama ini berperanan sebagai tempat untuk menunaikan ibadat terpenting kepada penduduk kampong ini kerana di sinilah tempat untuk mereka menunaikan solat berjemaah dan melakukan ibada kepada ALLAH seperti membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Pada hari jumaat pula, kaum adam akan menunaikan solat di masjid ini. Di bulan ramadhan solat terawih akan diadakan.
TEMPAT PENGUKUHAN IMAN              
Masjid an-nur Saujana Utama merupakan tempat pengukuhan iman dan taqwa. Masyarakat di kawasan ini akan datang ke masjid ini untuk menunaikan ibadah mereka, jadi wajarlah masjid ini berperanan sebagai tempat pegukuhan iman dan taqwa masyakat di kawasan mukim ini. Pada zaman ini, masyarakat semakin mengabaikan ibadah yang wajib patut mereka laksanakan kerana terlalu leka dengan kehidupan duniawi ini. Oleh sebab itu, masjid adalah tempat yang sesuai untuk mereka memantapkan lagi iman dan taqwa mereka dengan selalu menunaikan solat berjemaah disini agar tidak lalai dengan sosial dan kesibukan hidup dan agar tidak cenderung ke jalan yang dimurkai Allah. Tidak banyak yang dapat kita lihat anak-anak muda sekarang ke masjid untuk menunai solat berjemaah selain dari solat jumaat. Jadi, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk mengajak anak-anak mereka ke masjid daripada anak-anak mereka itu membuat perkara yang tidak berfaedah.


RUMAH SUCI
Masjid an-nur  ini ialah sebuah tempat ibadah suci yang menjadi tunjang kesucian Islam tanpa dinodai oleh unsur-unsur negatif yang bertentangan dengan ajaran Islam yang berlaku bukan sahaja dalam kawasan masjid, tetapi juga dikawasan mukim masjid ini terletak. Pada zaman sekarang, maksiat berlaku dimana-mana sahaja. Masjidlah yang menjadi peranan utama sebagai tempat suci di kawasan ini untuk menghindarkan diri dari terlibat dalam gejala sosial yang semakin menjadi-jadi pada zaman sekarang dengan beramal dan menunaikan ibadat disini.

PUSAT PEMBANGUNAN DAN KEAGUNGAN ISLAM
Masjid di Sungai Buloh  ini sebagai sebuah pusat perkembangan dan pembangunan Islam, asasnya segala-galanya bermula dan berkembangnya islam adalah dari masjid. Banyak program-program berteraskan pembangunan islam yang diadakan di masjid ini. Ini adalah untuk memupuk masyarakat di kawasan ini dari semua golongan peringkat umur untuk mengembangkan pengetahuan mereka mengenai islam sejajar dengan pembangunan dunia pada masa kini.

BERPERANAN DALAM MENANGGANI GEJALA SOSIAL
Masjid an-nur ini juga memainkan peranan dalam menangani gejala sosial yang berlaku di jajahan Sungai Buloh. Mutakhir ini, masyarakat berdepan dengan pelbagai masalah gejala sosial, terutamanya di kalangan kanak-kanak dan remaja. Masalah penagihan dadah, minum arak, seks bebas, lumba haram, samseng, berseronok berlebih-lebihan dan lain-lain terus berlaku tidak tertumpu di kawasan mukim ini sahaja malahan di kebanyakan tempat. Sikap dan pembawaan yang di tunjukkan ini adalah gambaran yang akan mencorakkan kepimpinan generasi akan datang. oleh sebab itu untuk melahirkan kepimpinan yang berwibawa dan berjaya, seorang kanak-kanak dan remaja yang di harapkan menjadi pemimpin hendaklah dibentuk semenjak kecil lagi sahsiah dan keperibadian mereka. Orang yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas serta peranan ini ialah ibubapa, juga masyarakat sekampung.Usaha untuk menambat hati anak-anak dan remaja mencintai masjid memerlukan kesatuan dan kerahan tenaga daripada semua pihak. Sewajarnya kita mengambil sikap mendekatkan mereka dengan perkataan-perkataan yang lemah lembut dan berhikmah, melahirkan perasaan kasih sayang dan mempamerkan sifat-sifat terpuji di hadapan mereka dengan memujuk dan mendidik agar mereka mendekati masjid. Para pemimpin masyarakat perlu menjadi contoh dan memainkan peranannya dengan melibatkan diri dalam aktiviti masjid. Ibubapa, pihak berkuasa khususnya ahli jawatankuasa masjid boleh menentukan hala tuju mereka. Berbagai-bagai aktiviti dan program seperti ceramah kesedaran, solat hajat, pameran sejarah islam, pertandingan hafazan atau membaca al-Quran dan lain-lain boleh dianjurkan dan perlu dirancang untuk menarik minat mereka ke masjid. Dengan itu, gejala sosial dapat dikurangkan dalam kalangan masyarakat di mukim ini.

TEMPAT PELENGKAP SAHSIAH DIRI
Masjid adalah saluran membina generasi bertamadun. Institusi Masjid bolehlah dijadikan Golongan terdiri daripada kanak-kanak dan remaja yang terjebak dalam masalah ini lumrahnya tentulah mereka yang menjauhi diri dari masjid. Jesteru itu ibubapa serta masyarakat perlu prihatin dan mempunyai fikiran terbuka dalam membimbing golongan ini supaya mereka mendekati masjid, agar mereka berminat mengikut program yang dianjurkannya. Sebarang prasangka terhadap mereka hendaklah di elakkan, kerana masjid sewajarnya sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu bernaung di bawah bumbungnya. Anak kampung dididik untuk berkelakuan baik untuk memastikan sahsiah diri terpelihara dan menjamin kekuatan iman serta menjadi anak yang mentaati perintah Allah dan kedua ibu bapa. Institusi masjid menjadi pelengkap kepada anak-anak kampung.

TEMPAT BELAJAR AL-QURAN
Kebanyakan masjid telah digunakan sebagai pusat pembelajaran Al-Quran .Amalan ini haruslah diteruskan tetapi ada baiknya jika kita menambah amalan yang bukan sahaja setakat mengajar Al-Quran kepada anak-anak, tetapi juga menerangkan maknanya atau diberi tafsiran Al-Quran kepada mereka supaya sendiri membaca ayat-ayat suci. Amalan ini turut dilaksanakan di Masjid an-nur  ini untuk yang berminat memahami al-Quran serta tafsirnya. Taranum turut diajar oleh guru di masjid ini kepada masyarakat disini yang berminat. Kelas mengaji juga turut diadakan untuk mengajar kanak-kanak disini yang tidak tahu mangaji.


PUSAT PENDIDIKAN DAN PENAMBAHAN ILMU
Masjid Sungai Buloh  ini juga dijadikan sebagai pusat pendidikan dimana anak-anak serta keluarga dapat dididik di masjid ini. Masjid ini juga dijadikan sebagai pusat pengukuhan ilmu agama, disini terdapat guru yang mengajar tentang ilmu2 agama kepada semua golongan masyarakat di mukim ini. Masjid Ketereh ini juga turut dijadikan tempat percambahan ilmu, dimana masjid ini mempunyai perpustakaan yang lengkap bukan sahaja membekalkan buku-buku agama , tetapi juga buku yang berkaitan dengan ibadah dan muamalah turut terdapat di dalam perpustakaan masjid ini. Selepas menunaikan solat, sesetengah jemaah akan melihat-lihat dan membaca koleksi-koleksi buku yang terdapat di ruang perpustakaan dalam masjid ini. Ini, dapat menambahkan lagi pengetahuan masyarakat disini mengenai isu-isu agama.

TEMPAT BAGI SANTAPAN ROHANI
Masjid ini juga dijadikan sebagai pusat santapan rohani bagi penduduk mukim. Seseorang akan memperolehi ketenangan di masjid, yang mana tidak di perolehi di tempat lain. Kerana kita lupa kepadaNyalah menyebabkan kita kehilangan punca. Semestinya kita mengembalikan kegemilangan masjid seperti zaman kegemilangan terdahulu. Masjid yang di bina di atas dasar taqwa akan dapat memulihkan segala segala kesesakan dan kesempitan hidup, kerana di masjid selain dari tempat bersujud kehadrat Allah, ia juga sebagai tempat mendapatkan ilmu agama serta bimbingan, tempat orang mengadakan perbincangan, tempat menyelesaikan masalah, lebih-lebih lagi sebagai tempat mencari ketenangan jiwa.

TEMPAT UNTUK MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM
Masjid  ini adalah sebagai tempat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat di mukim ini. Disinilah mereka dapat berkumpul bersama untuk menunaikan ibadat. Disamping itu mereka dapat berkenalan dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka. Sesetengah masyarakat itu tidak mengenali pun jiran mereka dan tidak bertegur sapa pun. Di masjidlah merupakan peluang terbaik untuk mengenali dengan lebih dekat jiran tetangga



Ahli Jawatankuasa yang bertanggungjawab menjaga masjid an-nur ialah
.

Nazir
Tn. Hj. Rosli Bin Mohamed Hussain
57 Jln Anggerik 5, SU1
Timbalan Nazir
Zainal Bin Hassan
21 Jln Chengal 2, SU2
Setiausaha
Abu Zahren Bin Md Yusof
7 Jln Kemboja 1, SU2

Penolong Setiausaha
Saiful Farik Bin Mat Yatin
15 Jln Mawar 1, SU2
Bendahari
Rahimi Bin Dollah
Chengal 2, SU2
Biro Ekonomi
Engr. Abdul Rahman Bin Slamati
45 Jln Selasih 3, SU3
Biro Penerangan & Seranta
Muhammad Apandi Bin Ishak
9 Jln Anggerik 3, SU1
Biro Keceriaan
Engr. Ahmad Shakiron Bin Ali
12 Jln Kemboja 3, SU2


PENUTUP
Hasil daripada ini kesimpulan dapat dibuat bahawa Islam dan masjid adalah suatu yang tidak dapat dipisahkan. Masjid adalah institusi agama yang berperanan penting dalam pembangunan masyarakat islam. Adalah pengetahuan umum yang masjid adalah tempat beribadat. Masjid adalah merupakan tempat yang penting bagi masyarakat sekitar untuk menunaikan ibadat mereka. Masjid merupakan tempat yang paling utama untuk mengukuhkan iman dan taqwa masyarakat setempat. Masyarakat dikawasan sekitar akan datang ke masjid untuk menunaikan ibadat mereka, jadi wajarlah masjid berperanan sebagai tempat pengukuhan iman dan taqwa. Masjid juga merupakan rumah suci yang menjadi tunjang kesucian Islam yang tanpa dinodai oleh unsur-unsur negatif yang bertentangan dengan ajaran Islam. Selain itu juga, masjid berperanan dalam menangani gejala sosial yg semakin menjadi-jadi sekarang ini. . Berbagai-bagai aktiviti dan program boleh dianjurkan dan perlu dirancang untuk menarik minat mereka ke masjid. Dengan itu, gejala sosial dapat dikurangkan dalam kalangan masyarakat di mukim ini. Selain itu juga, masjid juga dijadikan tempat pelengkap sahsiah diri masyarakat sekitar sini. Anak kampung dididik untuk berkelakuan baik untuk memastikan sahsiah diri terpelihara dan menjamin kekuatan iman serta menjadi anak yang mentaati perintah Al pelengkap kepada anak-anak kampung. Sudah merupakan pengetahuan umum yang masjid juga merupakan tempat untuk belajar Al-Quran sekiranya ada yang mengajar. Amalan ini haruslah diteruskan tetapi ada baiknya jika kita menambah amalan yang bukan sahaja setakat mengajar Al-Quran kepada anak-anak, tetapi juga menerangkan maknanya atau diberi tafsiran Al-Quran kepada mereka supaya sendiri membaca ayat-ayat suci. Masjid juga merupakan pusat pendidikan dan penambah ilmu, dengan ini serba sedikit dapat menambahkan ilmu agama masyarakat sekitar. Sejajar dengan itu juga masjid bukan sahaja tempat menunaikan solat malah masjid juga dijadikan tempat bagi santapan rohani. Masyarakat boleh mendapat ketenangan dengan mengamalkan ibadah disini. Akhir sekali kesimpulan yang dapat dibuat bagi peranan masjid kepada masyarakat sekitar ialah sebagai tempat untuk mengeratkan hubungan silaturahim. Disamping menunaikan solat mereka dapat berkenalan dengan lebih rapat sesama mereka.
lah dan kedua ibu bapa.

 

No comments:

Post a Comment